Salam teman2 blogger semua....ari tuh jalan2 kat dapur si abbort terrrnmpak cucur badak...punyalah cantik posing.....ini kes teringinlah nih...sila..sila...sila..
Resepi dari Princess Haryati MyR.....
Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )
utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam
utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
Cara-cara
untuk inti:
blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali.
Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
utk kulit:
rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
letakkan inti dan tutup kembali.
Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap
Salam semua...ini menu tertunda lagi...menu Raya cam biasa jek ada ketupat, kuah kacang, lodeh, rendang dan sambaljawa...tapi sambal jawa tak jumpalah pulak gambarnya...nanti klau jumpa, Leen tempekkan kt cni...
ini menu petang tadi merotilah pulak...balik dari keje terasa cam kebulurlah pulak tambahan musim hujan2 setiap petang...nih makan panas2...pergh...tak terkata...
sebelum kejadian....